Ulasan kelas
Buku Tamhid Al-Baghdadi beserta Set Alat Ketuk adalah merupakan asas pengajian di dalam Kursus Asas Al-Quran. Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran ini yang mengandungi 11 bab pembelajaran, menekankan 6 prinsip asas dan 336 bunyi huruf yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran. Asas-asas tersebut adalah:
- Keupayaan mengenal dan membaca 28 huruf hijaiyyah dengan baik.
- Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah (Atas), Kasrah (Bawah) dan Dhommah (Depan)
- Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
- Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan Mad iaitu bacaan panjang.
- Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
- Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Pendekatan SAS ( Struktur, Analisis, Sintesis ) yang digunakan dalam penyusunan buku Tamhid Al-Baghdadi mampu melahirkan pelajar yang mahir di dalam mengenal pasti bunyi-bunyi yang terdapat di dalam bacaan al-quran.
SET ALAT KETUK
Set Alat Ketuk merupakan satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Teknik ini sangat menarik kerana menggunakan kombinasi 4 pancaindera iaitu penglihatan, pendengaran, Pertuturan dan kinestetik (pergerakan) menggunakan peralatan khas seperti alat ketuk.
Teknik ketukan di dapati mampu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta dapat membantu menjaga tempo (kelajuan) dalam bacaan. Proses pembelajaran juga didapati lebih menceriakan dengan Teknik Ketukan ini.
Anim pariatur cliche reprehenderit, enim eiusmod high life accusamus terry richardson ad squid. Nihil anim keffiyeh helvetica, craft beer labore wes anderson cred nesciunt sapiente I will help you learn and master Figma app comprehensively from scratch. Figma is an innovative and brilliant tool for User Interface design. It’s used by everyone from entrepreneurs ea proident.
Apa yang akan anda dipelajari?
- Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
- Keupayaan mengenal tanda bacaan panjang (mad).
- Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan (fathah, kasrah, dhommah).
- Kemahiran meguasai tanda baris dua bacaan (tanwin).
- Kemampuan membaca tanda bacaan mati (sukun).
- Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda (sabdu).