TEKNIK AL-BAGHDADI

Apa sebenarnya teknik Al-Baghdadi?

1) 6 Kemahiran Asas Membaca Al-Quran

Tumpuan Kepada 6 Kemahiran Asas Membaca Al-Quran

2) 2 Buah Buku yang Padat

TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:

  • Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
  • Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
  • Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
  • Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu

Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.

TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.

Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.

3) SAS (Struktur, Analisis & Sintesis)

Teknik Pengajaran Bahasa Yang Terbukti Berkesan

Dengan menggunakan pendekatan SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis) kita akan dapat menyebut dan menguasai 336 bunyi dengan baik dan tepat. Seterusnya dapat membaca Al-Quran dengan baik.

4) Teknik Ketukan

Kaedah Sistematik, Pendekatan Inovatif & Teknik Yang Menarik

Alat bantuan mengajar yang telah mendapat anugerah Finalis Inovasi Negara 2013. Penggunaan Alat ketuk ini akan mengaktifkan fungsi otak kiri dan kanan agar pelajar sentiasa teruja untuk berfikir dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. Penggunaan buku Tamhid Al-Baghdadi akan sentiasa diiringi dengan penggunaan alat ketuk ini sehingga ke suatu peringkat yang telah ditetapkan.

5) Cepat tanpa Rasa Bosan

  • Proses pembelajaran yang sangat mudah dan ‘Ustaz TIDAK akan bertanya soalan pun.
  • Pelajar TIDAK perlu mengaku jika buat sebarang kesilapan. Tetapi kesilapan itu akan diperbetulkan
    sepanjang proses pembelajaran dengan cepat.
  • Pelajar TIDAK perlu menunggu giliran untuk bertemu ustaz. Dengan erti kata lain, tidak mengira
    berapa jumlah pelajar dalam sesuatu sesi semua pelajar perlu mengambil bahagian
    sepanjang pembelajaran. Ini adalah kerana Teknik Al-Baghdadi telah menerapkan
    penggunaan masa yang optimum.
  • TIADA had umur kerana semua peringkat umur boleh mempelajarinya.